
kelantan ^0^

Alhamdulillah, setelah berabad lamanya meninggalkan dunia blogging, akhirnya harini ku munculkan diri jua. Atas banyak sebab menyebabkan aku tidak punya kelapangan untuk mengupdate tentang diri aku di blog aku sendiri. Antara sebabnya adalah komitmen study, komitmen pada ibu bapa *cewahh, komitmen pada negara *ni over. Tapi disebabkan harini punya sedikit kelapangan dan juga laptop usang ini sudah di format, perasaan ni macam berkobar2 nak menulis semula. Tapi aku sendiri pun tak tahu sampai bilakah semangat itu akan muncul. hm.
Setelah beberapa seketika juga, aku tak menjengahkan diri ke bumi Kelantan, pada hari raya haji ke 3 aku sampai juga. Alhamdulillah, dengan titik peluh akak ku pandu kereta dari pahang ke kelantan seorang diri *huahuahua (gelak jahat). akhirnya sampai juga kami sekeluarga ke ke kelantan. walaupun aku sendiri pon tak tahu berapa ribu perhentian kami berhenti dek kerana akak ku mengantuk*hahahahahahahahahahahahaha. Bukan aku tak boleh bawa kereta cume dengan senipis kulit bawang keyakinan yang aku ada, tidak melayakkan aku untuk bawa kereta sampai ke kelantan *alasan ok
keadaan dalam kereta yang huru hara.
rnr gua musang
kelaparan yang mencengkam jiwa masing2
*padahal baru lepas bahan nasi 2 pinggn sorg
Disebabkan kami org tak pernah balik kelantan lalu gua musang, maka terserlah sedikit kejakunan disitu, maafkan kami.
Day 1 : Agenda utama kami adalah untuk pergi kenduri aqiqah HASYA TIHANI. Tapi tiada gambar bersama HASYA. Maafkan acik hasyaaaaa.. acik terlupaaa.
tapi takpe, acik tepek gambar hasya dengan umi ngn abi tau. namau nangis k.
nt hasya besar acik kasi tunjuk k. mase ni hasya gemok sgt. geram acik tgok hasya.
Tapi harap2 besar nt Hasya ramping mcm acik ok. dah, jgn minum susu bnyk k.
(tumpat, kelantan)
gambar yang acah acah ootd bersama cik ngah. perut memboroi masing2. maafkan perut kami
happy family sgt gambar. :)
mase ni tengok mok su (adik belah ma) sakit. terkejut sgt tengok dia sebab dye sgt kurus, cengkung,
tak mcm dulu dah, dye dah tak larat, terbaring je. da lama sangat xtengok. Allah sedihnya tengok.
mase nak salam dye ckp 'dikani da cantik da sekarang, pandai mekap, pndai pakai baju' :( .
Day 2 : da bertolak nak balik sebenarnye tapi kami sempat singgah pantai sebelum balik. so xde la balik dgn hati yang lara kan. atleast boleh la dikira sebagai vacation sikit2 kan, hihi
(bukit keluang, besut, trg)
first impression masing2 sgt teruja tengok pantai bagaikan beribu tahun xpergi pantai. haha
ambik gbr dengan dye ni xsah kalau xacah2. semuanya gbr acah2. huh
Dengan die ni pulak aku xtau la dlm bnyk2 gbr, gbr belakang jugak dye nk amik. *layankan aje
boleh dikira sebagai bujang senang la. aci tak kira cmtu. ahahahah. ini antara collection ma yg xberumah tangga lagi, gituuuuuu.hahahah *maafkan pipiku
in love sgt dgn gambar ni. cantik nau nau tpi still tolong maafkan pipiku.
Antara gmbr feveret juga lah. bukan senang nk kumpul camni. cantik pulak tu. tiberrrr.haha
p/s : kawan kawan tolong doakan supaya keluarga saya sentiasa hidup dalam rahmat Allah, hidup dalam keadaan sihat sejahtera, jika ada antara kami yang bersedih dan dalam kesulitan mohon Allah hapuskan dan mudahkan urusan keluarga kami. Mohon juga supaya Allah kekalkan kebahagiaan ini sampai akhir hayat kami dan jauhkan kami dari segala bahaya dan bencana. AMIN YA RABBAL ALAMIN.